Sunday, 29 June 2014

Dalca Daging/Ayam


Assalamualaikum......ok,hari ini saya nk kongsikan resepi yang turun temurun keluarga saya,yang selalunya dimasak untuk berbuka puasa.Ni ye resepinya.korang boleh je nak letakkan daging atau ayam,ikut selera masing2 yer.gambar tak ada sebab tak sempat nk ambil,hehe


5 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 kayu manis
1 bunga lawang
2 biji buah pelaga
2  bunga cengkih
2 besar cili boh
4 sudu besar serbuk kari ayam atau daging(kalau nk letak daging,guna serbuk kari daging dn sebaliknya)
sedikit nisan@gula melaka
garam secukupnya
1 kotak santan kelapa
sedikit air-untuk ditambah dalam santan
1 batang timun batang
1 paket ketiak jagung
2 batang terung
separuh daging ayam-potong kecil-kecil atau
separuh daging lembu-potong kecil-kecil
 
Cara membuatnya:
Panaskan minyak,masukkan rempah 4 beradik sekejap.pastu,masukkan bahan yang dimayang iaitu bawang merah,putih dan halia.Tumis kesemuanya sehingga garing sedikit,jangan terlampau garing,nanti kurang teksturnya.Selepas itu,masukkan cili boh diikuti dengan rempah kari tadi dan nisan.Tumis sehingga pecah minyak.Kemudian bolehlah masukkan daging@ayam dan tambahkan garam secukupnya.Biarkan selama beberapa minit hingga daging betul-betul lembut.Masukkan santan,pastikan ditambah air sebab santan kotak agak pekat.Kemudia kacau semuanya hingga mendidih.Boleh la ditambah sayur-sayuran tadi.Bila sayur dah agak lembik sedikit,jangan terlampau lembik sangat.Boleh lah dihidangkan.
Selamat mencuba dan berbuka........

No comments:

Post a Comment